Selamat datang ke laman sesawang
Kayuh Kota MARA 2012. Kayuh Kota MARA 2012 merupakan acara tahunan
dengan melalui kerjasama antara pihak MARA dan PROTRADING dalam
penganjuran acara berbasikal mengelilingi ibukota Kuala Lumpur.
Acara
Kayuh Kota MARA 2012 bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan
golongan muda dan tua mengenai aktiviti berbasikal. Selain itu juga
acara ini membolehkan orang ramai mempunyai kesedaran terhadap cara
hidup sihat.
Bagi
menggalakkan orang ramai menyertai acara berbasikal ini, 700 orang
peserta pertama yang mendaftar awal akan mendapat t-shirt ekslusif
secara percuma seperti gambarajah di bawah. Pihak PROTRADING juga akan
mengemaskini hadiah-hadiah cabutan bertuah dan juga 'goodies bag'.
Bagi
memberi sokongan terhadap acara ini, pihak PROTRADING akan mengadakan
pameran 'Bicycle Fair' bertempat di kawasan lobi bangunan Medan MARA
bermula pada 25hb Mac 2012 sehingga 31hb Mac 2012.
Semua pengunjung dijemput hadir ke pameran tersebut.
Jemputan istimewa - RasAdiba Radzi
Jemputan istimewa - RasAdiba Radzi