Monday 12 March 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke laman sesawang Kayuh Kota MARA 2012. Kayuh Kota MARA 2012 merupakan acara tahunan dengan melalui kerjasama antara pihak MARA dan PROTRADING dalam penganjuran acara berbasikal mengelilingi ibukota Kuala Lumpur.

Acara Kayuh Kota MARA 2012  bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan golongan muda dan tua mengenai aktiviti berbasikal. Selain itu juga acara ini membolehkan orang ramai mempunyai kesedaran terhadap cara hidup sihat.

Bagi menggalakkan orang ramai menyertai acara berbasikal ini, 700 orang peserta pertama yang mendaftar awal akan mendapat t-shirt ekslusif secara percuma seperti gambarajah di bawah. Pihak PROTRADING juga akan mengemaskini hadiah-hadiah cabutan bertuah dan juga 'goodies bag'.


Bagi memberi sokongan terhadap acara ini, pihak PROTRADING akan mengadakan pameran 'Bicycle Fair' bertempat di kawasan lobi bangunan Medan MARA bermula pada 25hb Mac 2012 sehingga 31hb Mac 2012.

Semua pengunjung dijemput hadir ke pameran tersebut.

Jemputan istimewa - RasAdiba Radzi